Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 17, 2013

SUPERMOMMY / SUPERMOM / SUPERMAMA!




Tiba-tiba rasa diri ni dah jadi "SUPERMAMA" ! hahaha.. Since dah jadi isteri & mama orang ni sume keje kena buat. Balik keje sampai umah bukan nye boleh dok cam dulu makanan dah terhidang atas meja then boleh terus amik bantal terlentang atas sofa empuk mak sambil tonton akasia setiap petang. Life sekarang dah berubah & memang kena ubah. Balik keje terus amik khalish kat umah babysitter, sampai je umah main ngan khalish dulu & tidokan dia. Bila khalish dah lena barulah leh start masak. Tapi kalau time tu en husband dah free dah settle keje umah dia then dia akan tolong jaga khalish. Hari2 after lunch hour terus ting! ting! cari menu kat goole sbb cari idea nak masak petang ni, ada pe je eh kat dalam fridge. Tulah rutin harian sekarang. hihi

Even tak cukup rehat, sleepless sangat sbb kadang2 khalish akan terjaga malam nak susu pastu kul 5.30 - 6.00 dah bangun. Kalau mood rajin datang kul 5 pagi dah bangun nak buat sarapan & bekal sekali untuk lunch. Masa mula2 dulu memang culture shock sangat sampai kat ofis boleh terlelap tiba2 depan PC. Adoi sangatlah kepenatan. Tapi sekarang dah boleh adapt even x cukup tido & rehat, xdelah sampai terlelap kat dpn PC bila bekerja. Khalish pun dah 5 bulan sekarang.

Bulan depan khalish dah 6 bulan dah boleh start makan solid foods so pagi aku akan bertambah hectic sbb nak sediakan bubur nasi & puree utk khalish. So far rasa x nak bagi babysitter dia masak. Cukuplah hanya dia jaga & mandikan khalish. Part makan biorlah mama dia yang sediakan dah tanggungjawab mama dia yang sediakan makanan kan. Xpelah berkorban untuk anak bujang mama sorang ni. ;)

Ok, mama, mummy, ibu, emak, ummi dan sebagainya ANDA MEMANG TERBAIK!~ ;)


Wednesday, October 2, 2013

OUR 1ST ANNIVERSARY!! :*

Eh dah masuk bulan 10 baru sibuk nak cite pasal anniversary???!! citt!! Nak buat macam mana lepas abis kenduri aqiqah khalish ari tu terus busy dengan macam2 hal. So hari ni baru ada kesempatan nak share pasal anniversary bagai ni. hahaha

Actually, En Husband x tau plan wifey dia ni yang g order kek secara online & pickup sendiri ngan adik gue! Kek anniversarry so kenalah ala2 matured & jiwang ckit..kihkih. x kisah janji sodap weh! Ok kek ni aku order kat Anis Bakery.net, bolehla usha FB Page dia Anis Bakery.net yg penuh dengan bermacam-macam jenis kek yang awesome, sedap & meleleh! Kek anniversary ni aku order yang red velvet punye. FYI, aku ni peminat TEGAR red velvet ok. Lepas tu, dikelilingi dengan coklat kitkat AGAIN my favourite coklat ok..Sumenya favourite ko mmg sah kuat makan mak bdk ni.. hihi. Ohhh sebelum terlupa at the top penuh dengan fresh strawberry yang GEEEEEMMMMSSS sgt. 


Taraaaa....bukan tora datang lagi ye.. inilah kek anniversary yang aku kononnye nak buat surprise kat en husband. Terliur & geram kan.. :)


Saje je ni bagi bakar ckit nampak bahagian dalam kek yang tebal sangat. Cream cheese yang nyummy ditambah dengan red velvet yang umphhhh.. *droooollllinggggg*

Kek ni bajet2 nak potong malam 31 ogoslah. Orang sibuk dengan merdeka aku sibuk dengan persiapan kenduri aqiqah khalish. Tepat jam 12 malam adik aku dah sibuk2 suruh bawak kek g depan En Husband. Pulak time tu En Husband dah terlena atas kerusi sebab kepenatan menguruskan persiapan kenduri. Dengan serabai ubinye, En Husband terkulat-kulat bangun bila wifey dia ni kejutkan. Dengan muka comot rambut dah cam tebuan En Husband ngan aku potong kek. * Bajet time potong wedding kek sangat ok!*. hahaha. Lepas dah potong kek, En Husband sambung tido balik.. Cisss, cam selingan mimpi je bagi dia. Nasib baik sok paginya dia tersedar & bg wishes! wewewewe... :*

Last but not least, diharap hubungan kami suami isteri diredhai, bahagia dalam mengharungi liku2 alam rumah tangga. Memang sudah 8 tahun kami menyulam kasih tapi baru setahun dalam alam rumah tangga. Banyak lagi yang perlu dibaiki dan di pelajari untuk menambahkan & menguatkan hubungan kami suami isteri. Alhamdulillah setahun sudah kami berkawin dah sudah dikurniakan Azreen Khalish Qusyairi membuatkan hubungan kekeluargaan tu semakin utuh dan cuba sedaya upaya untuk membesarkan zuriat kami menjadi anak yang soleh dan menjadi abang yang dapat membimbing adik-adiknye suatu hari nanti. Aamin :')


Friday, September 6, 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE

Bila hormon rajin tiba-tiba datang menerjah pada malam semalam, so bertukanglah aku kat dapur menyiapkan kek coklat kukus aku. Hee~~ Sampai je rumah terus tidokan khalish dulu. Itu sangatlah penting dalam memastikan kelancaran untuk memasak. :)) Resepi kek coklat kukus ni dapat dari google. Memang senang sangat & bahan-bahan pun simple memang dh siap sedia ada kat rumah.

KEK COKLAT MOIST (KUKUS):
Sumber resepi ihsan drp: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (Saya gunakan brand Van Houten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

Cara masakan:

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda. ketepikan dan panaskan pengukus.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula. pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang dah diayak tadi. Sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam. kacau menggunakan senduk kayu @ spatula. kemudian, masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak. kacau sebati, jangan over mix gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat @ petak berukuran 200cm dengan baking sheet. curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil  bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1jam 30 minit. Sejukkan.

RESEPI COKLAT CAIR (TOPPING ATAS):

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

Cara-cara:

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api yang perlahan sambil mengacau hingga likat.



- Adunan yang dah siap & tunggu untuk dikukus


- tutup dengan aluminium foil bagi mengelakkan daripada terkena air



- ready masukkan dalam kukusan. tgh cuba satu tutup dengan aluminium foil satu lagi x tapi penutup kukusan balut dengan kain lap. Both are OK! ;)


- Tadaaaaa dah siap....memang suka nak banjirkan kuah coklat cair tu then tabur choc chip kat atasnya. ;)


SELAMAT MENCUBA UOLSS! :)

Monday, September 2, 2013

ALHAMDULILLAH SELESAI.. ;)

Syukur kehadrat Illahi akhirnya tanggal 31 Ogos 2013 selesai sudah Majlis Aqiqah Khalish & juga open house raya 2013. Penat tu memanglah tak terkata tapi lega aqiqah untuk Khalish dah settle. Yippee~ So nak cite sepanjang majlis berlangsung pada sabtu lepas & of coz TQ TQ TQ pada both family yang banyak menolong & kawan2 sedara mara yang sudi datang memeriahkan majlis. :)

Ok nak habaq pasai goodies ni! untuk orang2 marhaban diasingkan sebab diorang spesel ckit! HIHI..makcik2 tu dapat 1 buah Al-Quran yg kiut comel, candy & miniature baby milk yang ada jelly bean. Untuk tetamu yang lain pulak dapat apam polka dot, candy & miniature baby milk yang ada jelly bean.Yummmehhh! 


- miniature baby milk bottle yang ada jelly bean.


-goodies bag ada colour biru & cream. Haruslah ikut tema kan.. ;)

-goodies bag yang dah siap tampal sticker. Order dari Cenderahatilace. :)


- Homemade apam polka dot! TQ pada angah & adik yang sudi gotong royong malam tu buat dalam 400 biji.. Fuhh~~

So far Al-Quran kiut miut yang xde sebab lupa nak amik gambar..packing terus masuk dalam kotak. hihi

Now, jom kita cite pasal cradle untuk berendoi lak. As per mention before, eh speaking pulok.. Untuk cradle i amik dari Baby N Me, akak tu dok Bandar Putera, Klang so dokek jelah dengan umah den! hihi. ari khamis malam dh siap pasang tau memandangkan akak tu busy. It's ok i xde hal pun.. hihi. Cer tengok cradle yang i pilih ni. Simple tapi cantik & menenangkan mata yang memandang.. hihi


-Sorry gambar nampak gelap kelam biasalh guna kamera hp je..




- Khalish suka betul dapat baring atas cradle sambil dengar makcik2 bermarhaban & nasyid. Sampai tertido bertuah betul anak bujang sorang ni..

Alhamdulillah walaupun pada saat akhir ada masalah sikit dengan kumpulan marhaban tapi akhirnya kumpulan marhaban Annur dari Taman Sri Medan Jaya dapat datang & memberi persembahan yang memuaskan & makcik2 ni memang baik sangat2! :)



- Ustazah ni dok baca doa untuk Khalish tapi Khalish ingat tengah borak dia. Sakan dia gelak.

Untuk makanan x dapat lak nak snap gambar memandangkan busy & hujan lebat turun on that day. Yang penting kari kambing cik sahak & geng memang TERBAIK! berbaloi import dari kampung den Jelebu N9! hiihi..

Harapnya Khalish akan jadi anak yang berguna pada agama, bangsa & negara, beriman, cerdik & jd pemimpin yang disegani, Aamin.. Ayah & mama love u Khalish sayang.. :)

Wednesday, August 21, 2013


SALAM LEBARAN 2013! ;)

Hari ni dah 14 Syawal baru i sibuk nak godek-godek gambar-gambar raya & coret-coret kat blog ni. HAHAHA. X pelah janji ada kan daripada takde langsung post pasal RAYA 2013 yang sememangnya amatlah dinantikan memandangkan tahun ni dapat beraya berTIGA terus! Tahun lepas beraya single selepas 2 minggu raya baru dapat beraya ngan en husband. Dengan adanya kehadiran Khalish tahun ni beraya lagilah amat bermakna dan everything untuk dia lagi diutamakan. Tahun depan??? huh lagilah meriah kot since Khalish that time dah masuk setahun lebih dah berlari sakan keliling rumah orang..Choii~ Harap-harap Ramadhan & Syawal pada tahun depan masih dapat dirasai bersama-sama dengan orang yang tersayang.. :')



ok, our 1st family potrait! Tema raya 2013 : Green Emerald. Tapi sedih x dapat carikan baju melayu untuk Khalish. sobss!


1st time 1st raya berkumpul dekat rumah mak dulu since arwah ayah takde. Selalunya 1st raya dah berkumpul kat kampung mak kat N9. :')



Haa..bujang sorang ni penat je mama pakaikan hensem-hensem tapi pagi-pagi raya dah tido lak after dapat susu. kasut boots tu x leh tahan ramai dok tanya mana beli..hihi


Here, gambar beraya zaman dulu kala time ni memang meriah sakan! btw, cer cari mana mokcik dalam gambr ni ala Hana Tajima kawww.. x ingat lgsg pkai tdg cm2..kahkah


ADIOS!!


Thursday, August 15, 2013

CHECK LIST UNTUK MAJLIS AQIQAH KHALISH!


Since Khalish pun dah masuk 3 bulan 2 hari, mama & ayah dia pun dah start busy planning majlis aqiqah dia. Sejak Khalish selamat dilahirkan pun memang dah decide nak buat majlis on 31 ogos 2013. 1st reason sebab 1st anniversary mama & ayah Khalish! hihi 2nd reason sebab on that day merdeka day & cuti so mama dia senang x payah nak apply cuti bagai kan. Tapi for sure berlambak kenduri kendara open house on that day. X kisahla kan janji majlis aqiqah khalish selamat dijalankan.

First thing yang mama & ayah Khalish sibuk dalam preparation majlis ni of coz 'KAMBING!".. Xde kambing x hiduplah majlis aqiqah Khalish nanti..hihi. So, 2 ekor kambing telah ditempah & didatangkan khas dari Jelebu, Noghori Sembilan! :D 2 ekor kambing ni akan dimasak kari. Pastinya majlis x kan best tanpa adanya KAMBING GOLEK. Tang kambing golek tu ayah Khalish dah siap2 order kat kawan dia tapi sekor je. So, first come first serve yang akan dapat rasa kambing golek tergolek ni.. hihi

Second thing yang mama & ayah Khalish dok concern is "Pelamin berendoi". Actually mama Khalish je yg "concern" benda alah ni.. Biasalah mama muda & zaman sekarang kan benda-benda cmni dah jadi macam kepentingan kalau xde macam x hidup lak majlis tu. hihi. Pelamin berendoi sekarang pun bukannya murah dah sama harga dengan pelamin orang kawin dah. nasib pelamin berendoi Khalish x over daripada pelamin kawin mama & ayah dia. hihi. Pelamin berendoi ni mama Khalish dah sibuk google since pregnant lagi. Over kan??! HAHAHA. Dok google kat FB, banyak sangat2 pilihan ada yang murah ada yang mahal just kita ni sediakan budget je nak yang mana yang berkenan di hati kan. Ada budget lebih bolehla amik pakej yang mahal-mahal. hihi. So, ni antara list-list FB page yang boleh diterjah & diusha:

1. Cradle/Buai by Make A Wish Babies




1st choice time mula2 usha cradle baby. Falling in love sangat2 dengan design2 cradle diorang ni tapi kena tgk budget kita gak so pejam mata pilih yang lain..huhu

2. Butik Pengantin Idaman Jelita


Again! Falling in love dengan design cradle kat atas ni. Tapi apakan daya kena tengok budget gak. Pakej kat atas ni guna fresh flower ok. memang best! 



3. Buaian Cradle Full


Look nice tapi cam over sangat. x sesuai dengan my baby boy kan.. hihi

4. BABY N ME


Finally, decide amik khidmat akak ni untuk gubahan pelamin berendoi untuk Khalish. Cantik & berbaloi dari segi harga! p/s: cradle Khalish bukan dari gambar-gambar kat atas ni.. x surpriselah kan kalau dah post kat cni..hihi

Third, of course menu-menu yang akan disediakan untuk tetatmu-tetamu yang hadir. So far selepas perbincangan dengan both family, ni antara menu yang akan dihidangkan.

- Kari Kambing
- Kambing Golek
- Nasi Putih
- Ayam Goreng Berempah
- Acar sayur / Jelantah
- Ulaman / Pecal
- Tapai Pulut
Kuih Tako
Kuih Kasuwi
- Bubur Pulut Hitam
- Apam Dotdot
-Buah-buahan

Penambahan menu maybe akan ada tapi so far ini adalah menu yang telah ditetapkan untuk majlis 31 ogos ni. :)

Last but not least, GOODIES untuk para tetamu & makcik-makcik marhaban. :) Part yang ni pun of coz mama Khalish gak yang take over & concern. Since tengah pantang lagi dah sibuk usha google sana sini cari apa yang nak bagi untuk majlis nanti. So far dalam list nak bagi buku yasin, candy dalam miniature botol susu & cupcakes. Tapi everything masih dalam list & usha dl quotation if under budget. Kalau over budget kenalah pikir PLAN B. :) 


haa... yang nilah yang mama Khalish inginkan sangat2! huuu~~~

OK, so far ini jelah check list yang dok mama Khalish pening pikirkan. Gambar-gambar majlis akan dipost once majlis dah settle! :) Chiawwwww~

Wednesday, August 14, 2013

Azreen Khalish Qusyairi Bin Azreen Naim 

Berhabuk dah rasanya blog buruk makcik ni kan.. Biasalah sejak dari mengandung berapa bulan hinggalah baby dah umur 3 bulan 1 hari barulah terfikir nak meng 'update' blog usang ni. So, memandangkan last entry makcik dok sibuk cite pasal pregnancy isu sekarang kita cite pasal baby pulak. Kita start dengan maksud nama baby makcik dulu. Sejak mengandung 3 bulan lagi dah sibuk discuss dengan en husband nak namakan baby dengan nama apa. Dengan tersangatlah yakin baby dalam perut ni adalah baby boy dan bertambah2 yakin bila ada mimpi baby boy. So, list nama baby tu banyaklah nama baby boy. En husband pun suggest setiap nama anak-anak dia kena ada "Azreen" biar sama dengan pangkal nama dia. Ok, cun gak tu kan cam ada "family branding"! :D

Ok, kita ni pun as "mummy to be" yg over excited & telah diberi "green light" oleh en husband untuk pilih sendiri nama baby telah bekerja keras menjalankan tugas yang diberi..chewwaahhh!! HAHAHA.. Setiap kali g bookstore mesti terjah tempat buku-buku berkaitan dengan mengandung & nama-nama islam untuk anak. Of course akan rembat sekali mana-mana buku yang berkenan kan.. hihi.. At last nama ni yang dipilih & dah selamat didaftarkan. :)

AZREEN: Yang Sempurna
KHALISH: Suci & Murni
QUSYAIRI: Ahli Sufi Islam



Khalish umur 1 hari. Gambar ni btl2 lepas dia kuar dari perut mama dia & dimandikan. Orang heboh cakap putih melepak. Ini sebab penangan time mengandung suka sangat tengok Running Man..hihi


Gambar yang ni lak masih dalam ari yang sama tapi dah petang ckit..haha..nampak muka Khalish dah merah-merah ckit.


Uwaarrghhhh!! Khalish dah botak!! Cukup 7 hari ayah dia dah cukur rambut dia kasi botak licin..sobsobsob.. Mama rela demi kebaikan Khalish & tuntutan agama islam sendiri.. :)


Haa.. ni antara gambar-gambar Khalish bila dah masuk 2 bulan. Semakin membulat & kuat! Mama geram rasa nak gigit-gigit pipi tu..


Ok, ni gambar Khalish dengan sepupu dia, Aryan yang lahir beza sebulan lebih je. Tapi Aryan ni abang gagah sebab dia kuar dari perut mummy dia pun mmg dah besar..hihi so dah sama size ngan khalish even beza sebulan lebih je.


Here we go! latest pic Khalish time 1st raya. Kali ni raya everything for Khalish. Even kasut raya mama dah sibuk carikan. Puas hati bila dapat kasut raya yang mmg stylo & cool utk khalish. ;)

Semoga Azreen Khalish Qusyairi menjadi anak yang soleh, hamba yang taat padaNYA, berguna pada bangsa, agama & negara, menjadi pemimpin, cerdik pandai & semestinya abang yang dapat mendidik adik-adiknya. Aamin :)




Thursday, February 14, 2013

PERKEMBANGAN KANDUNGAN DALAM MINGGU KE 25

Cepat je sekarang ni masa berlalu. Tup tap tup tap dah cukup 25 minggu esok baby membesar dalam perut mama ni. No wonder sekarang ni setiap masa aktif menendang & bermain baby dlm perut. Denyutan jantung baby pun mama dah dapat rasa tau. Suka bangun awal lak tu pagi2 dah menendang kejutkan mama & ayah lagi2 bila weekend time mama & ayah terasa nak bangun lambat.hih :D Bagus anak mama & ayah ni! Bila dah kuar nanti kekalkan perkara yang sama ok bila pagi bangun malam kita tido sama2..hikhik

So far mama tak check lagi jantina anak mama ni boy @ girl. Tunggu cukup 7 bulan mama g scan tapi baby jangan lak tutup macam ari 2 ok. Mama nak shopping barang2 untuk baby tau so nanti mama g scan baby jangan tutup OK?! :) Dah confirm nanti mama akan belikan macam2 untuk baby pakai once dah kuar nanti.. :D 

Kesihatan mama sekarang ni bila ada checkup OK tapi HB jatuh lak bila dah melepasi 5 bulan. Aduh risaunya bila pikirkan hal ni. Next week ada checkup lagi & harap2 HB akan naik balik macam biasa. Dah 5 jenis vitamins mama makan demi naikkan balik HB mama & untuk kepentingan baby dalam perut juga. Wan baby pun dah masakkan kerang untuk mama makan demi naikkan HB mama balik before checkup next thursday.

Sekarang ni pun time mama tengah menaip ni baby still aktif dalam perut menendang2 perut mama. Apalah agaknye yang baby tengah buat eh dalam perut tu aktif betul! Suka mama :) Mesti akan merindukan saat2 mengandungkan baby ni once baby dh selamat kuar & dapat melihat dunia sebenar ni.. :')

Harapan mama semoga baby sihat dalam perut sehingga selamat dilahirkan bulan mei ni, semoga dalam LindunganNYA sehingga sampai waktunya & akan menjadi anak yang soleh & taat kepada mama & ayah, hamba yang taat kepada ALLAH S.W.T. Mama dah x sabar nak tengok anak mama ni depan mata. Keep growing ok sayang mama.... :)

Wednesday, February 6, 2013

TRIMESTER KE 2!

Bila dah masuk 24 minggu bersamaan 6 bulan ni, banyak perubahan dah berlaku. Semuanya dah start sakit2 lagi sakit tulang belakang ngan tulang pubic. Ya ALLAH baru mengerti pengorbanan seorang ibu. Rekod kesihatan pun daripada dapat sticker putih dah kena tukar sticker hijau disebabkan darah turun.. :( kena banyak makan makanan yang boleh menghasilkan banyak darah sekarang. Kafein & teh tarik terpaksa dilupakan buat seketika demi kesihatan diri sendiri & baby terutamanya.

Sekarang ni sakit teramatlah sangat bila berjalan terutamanya di bahagian tumit kaki & tulang pubic. Setiap kali pergi check up mesti akan bagitahu dekat doktor & nurse yang tulang pubic sakit sangat bila nak bangun daripada kerusi @ katil. Doktor & nurse cakap kemungkinan boleh bersalin awal.. OH TIDAKKK!!! 
Kaki yang sememangnya tembam ni pun dah bengkak & sakit so sekarang ni kena practise time tidur, kaki kena letak atas bantal tinggi 45 darjah! T_T Bila berjalan dekat dalam rumah pun wajib pakai selipar kalau tak aduhai sakitnya kaki nak jalan.

Dah kena start belajar control makan sebab x nak overweight. Once overweight confirm kena minum air gula.. OH TIDAKKKK!! :( Esok kena g Klinik TPG sbb kena jumpa doktor untuk check kaki yang dah tembam & bengkak ni..Aduhai harap2 xde pape yang berlaku..Aminnn

Wednesday, January 16, 2013

WORDLESS WEDNESDAY!!

1st thing: This baby is too adorable!!



2nd thing: I want to go to the beach for holiday. Hey February please come early! :D



Still keep counting for 30th May 2013.........

Friday, January 11, 2013



INDAHNYA KEJADIAN TUHAN. :')


Masih teringat-ingat lagi masa pergi scan baby hari tu kat Klinik Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Indahnya perasaan yang x dapat nak ungkap bila nampak baby aktif sangat dalam perut. Masih ternampak-nampak lagi baby dok tendang2.Kejap dekat atas kejap dekat bawah. Rasa nak panggil je "Hi sayang, mama ni..pandanglah sini.." :') Baby aktif sangat sampai doktor nak snap gambar dia pun x dapat.Aish sayang mama ni, ni mesti sebab mama kuat jalan ye so anak mama pun terikut sekali.. hihi

Rasa lega sangat bila dapat tengok perkembangan bayi dalam perut ni. Kalau x asyiklah tertanya-tanya apa agaknya baby tengah buat sekarang ni. Baby sihat ke x? Alhamdulillah doktor kata baby sihat, fizikal dia semuanya sihat & normal. Doktor siap terangkan mana tangan, bahu, kaki, perut, kepala baby. Tapi x dapat nak tengok jantina baby memandangkan tali pusat tutup alat kemaluan baby. Nak surprise lah eh??!! :D X pelah x kisah jantina apa yang penting anak mama membesar dengan sihat dekat dalam perut mama ni.. :)





I'm truly in LOVE with this amazing video! :')

Wednesday, January 9, 2013

WORDLESS WEDNESDAY!!



I'am a happy MAMA to be! :') Keep counting for May 2013! 

Tuesday, January 8, 2013

SINDROM-SINDROM KETIKA HAMIL!


Sepanjang 5 bulan bersalin ni, macam-macam sindrom dah aku rasa & alamni sehinggalh hari ni. Cuma morning sickness je en husband tersayang yang kena. Tersangatlah kesian melihat en husband yang teruk kena muntah teruk sampai demam. Antrara sindrom yang dapat rasa so far:

1. PERUT SENTIASA MENGERAS SELALUNYA KETIKA BARING

  • Sejak dalam 4 bulan lagi dah dapat rasa perut akan mengeras dari pusat ke bawah bila baring sehinggalah sekarang kerap terasa. Kadang-kadang terpikir "Eh ni kepala baby ke?" HAHAHAHA. Tetapi banyak punca kenapa perut ibu mengandung akan mengeras atau menegang. Antaranya adalah:
          1. Bayi bergerak dengan aktif
          2. Ibu mengandung sangat aktif
          3. Senaman atau membawa barang berat
          4. Perut penuh
          5. Semasa atau selepas hubungan kelamin
          6. Dehidrasi

        So, cara menangani perut ketika hamil adalah:

         1. Tukar aktiviti atau posisi
         2. Berehat lebih lama
         3. Minum air secukupnya 
         4. Buang air kecil dengan kerap
         5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
         6. Usap perut perlahan-lahan

2. PUBIC/PELVIC PAIN KETIKA HAMIL

  • Since last week dah start rasa ngilu kat bahagian alat sulit. Dok tanya kat mak gak tapi mak x tau kenapa. Rasa ngilu sangat bila nak bangun dari katil/ kerusi atau sedang nak jalan. Jadi risau bila rasa ngilu2 cmni sebab x pernah kena sebelum ni. So selidik punya selidik, rupanya sindrom ni dipanggil as Pubic Symphysis Diastasis (SPD). Ia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan. Puncanya adalah disebabkan oleh hormon relaxin yang melembutkan sendi-sendi  tersebut. Secara umum, SPD ini sebenarnya akan memudahkan proses bersalin. 



  • Antara simptom-simptom SPD:
          1. Sakit belakang atau sakit pinggul
          2. Rasa ngilu dikawasan kemaluan
          3. Sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak diatas katil
          4. Sakit yang teruk pada waktu malam

  • Cara mengurangkan kesakitan:
         1. Banyakkan bersenam
         2. Sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat dan tidak tergantung 
         3. Elakkan berdiri terlalu lama

3. KEGATALAN DI KAWASAN PERUT KETIKA HAMIL

  • Bila perut semakin membesar & menegang, so mulalah rasa gatal-gatal dekat sekitar perut dan of coz! tangan ni sangat2 x tahan nak garu. Geram je rasanya bila x dapat nak garu rasa hilang nikmat. Tetapi tangan ni tetap kena bersabar dan bertahan daripada menggaru deni kebaikan kecantikan perut ni selepas bersalin. Pembesaran bayi boleh menyebabkan kulit perut kita akan merekah. So, bila gatal cepat2lah kita sapu minyak zaitun atau any lotion untuk mengelakkan peninggalan parut di kawasan kulit perut selepas bersalin yang x boleh hilang.. :)


PERASAAN SEORANG IBU

Minggu ni genap 20 minggu baby dalam kandungan bersamaan dengan 5 bulan. Sungguh cepat masa berlalu sekarang ni rasa sekelip mata sangat..Sejak bakal menjadi ibu ni, ada satu perasaan yang tak dapat nak ungkap atau nak diterangkan oleh kata-kata. Yang pasti perasaan tu sangat syahdu dan halus di sanubari ni. Usap-usap perut cakap dengan baby pun boleh nak nangis. :')

Kerisauan terhadap kesihatan baby dalam perut ni sentiasa ada & hanya ALLAH S.W.T je yang tau perasaan ini. So far setiap kali check dekat klinik gomen, kesihatan mama to be ni sihat je xde masalah cuma berat naik sangat..Selera makan ada je memang x boleh nak tahan..hihiihi. Tetapi baby, nurse gomen still x dapat nak detect degupan jantung baby. Risau di hati ni memang x dapat nak tahan2. Rahim semakin membesar tetapi nurse gomen x dapat nak detect lagi. Mama to be ni pun still x dapat nak rasa lagi baby tendang2 perut mama to be ni.. T_T . Hati ni berharap sangat baby sihat je dalam perut ni & membesar dengan sihat. Setiap kali baca Surah Yusuf sambil usap2 perut sebab nak bagitahu dekat baby semoga sihat selalu dalam perut ni & hati terus jadi hiba, air mata x berhenti mengalir. T_T.

Untuk anak mama yang dalam perut ni, mama berharap sangat berada dalam keadaan sihat. Mama nak sangat rasa baby tendang2 mama. Tendanglah sekuat mana pun mama x kisah janji mama dapat tau baby sihat & aktif dalam perut mama ni. :') Kalau diizinkan, hari2 mama nak g scan tengok perkembangan anak mama dalam perut mama ni tapi apakan daya benda ni akan beri kesan pada anak mama. Baby tunggu ye dalam minggu depan mama akan g klinik swasta check & scan sebab nak tahu perkembangan anak mama ni. Harap2 anak mama sihat & aktif. :')