Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 16, 2013

WORDLESS WEDNESDAY!!

1st thing: This baby is too adorable!!



2nd thing: I want to go to the beach for holiday. Hey February please come early! :D



Still keep counting for 30th May 2013.........

Friday, January 11, 2013



INDAHNYA KEJADIAN TUHAN. :')


Masih teringat-ingat lagi masa pergi scan baby hari tu kat Klinik Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Indahnya perasaan yang x dapat nak ungkap bila nampak baby aktif sangat dalam perut. Masih ternampak-nampak lagi baby dok tendang2.Kejap dekat atas kejap dekat bawah. Rasa nak panggil je "Hi sayang, mama ni..pandanglah sini.." :') Baby aktif sangat sampai doktor nak snap gambar dia pun x dapat.Aish sayang mama ni, ni mesti sebab mama kuat jalan ye so anak mama pun terikut sekali.. hihi

Rasa lega sangat bila dapat tengok perkembangan bayi dalam perut ni. Kalau x asyiklah tertanya-tanya apa agaknya baby tengah buat sekarang ni. Baby sihat ke x? Alhamdulillah doktor kata baby sihat, fizikal dia semuanya sihat & normal. Doktor siap terangkan mana tangan, bahu, kaki, perut, kepala baby. Tapi x dapat nak tengok jantina baby memandangkan tali pusat tutup alat kemaluan baby. Nak surprise lah eh??!! :D X pelah x kisah jantina apa yang penting anak mama membesar dengan sihat dekat dalam perut mama ni.. :)





I'm truly in LOVE with this amazing video! :')

Wednesday, January 9, 2013

WORDLESS WEDNESDAY!!



I'am a happy MAMA to be! :') Keep counting for May 2013! 

Tuesday, January 8, 2013

SINDROM-SINDROM KETIKA HAMIL!


Sepanjang 5 bulan bersalin ni, macam-macam sindrom dah aku rasa & alamni sehinggalh hari ni. Cuma morning sickness je en husband tersayang yang kena. Tersangatlah kesian melihat en husband yang teruk kena muntah teruk sampai demam. Antrara sindrom yang dapat rasa so far:

1. PERUT SENTIASA MENGERAS SELALUNYA KETIKA BARING

  • Sejak dalam 4 bulan lagi dah dapat rasa perut akan mengeras dari pusat ke bawah bila baring sehinggalah sekarang kerap terasa. Kadang-kadang terpikir "Eh ni kepala baby ke?" HAHAHAHA. Tetapi banyak punca kenapa perut ibu mengandung akan mengeras atau menegang. Antaranya adalah:
          1. Bayi bergerak dengan aktif
          2. Ibu mengandung sangat aktif
          3. Senaman atau membawa barang berat
          4. Perut penuh
          5. Semasa atau selepas hubungan kelamin
          6. Dehidrasi

        So, cara menangani perut ketika hamil adalah:

         1. Tukar aktiviti atau posisi
         2. Berehat lebih lama
         3. Minum air secukupnya 
         4. Buang air kecil dengan kerap
         5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
         6. Usap perut perlahan-lahan

2. PUBIC/PELVIC PAIN KETIKA HAMIL

  • Since last week dah start rasa ngilu kat bahagian alat sulit. Dok tanya kat mak gak tapi mak x tau kenapa. Rasa ngilu sangat bila nak bangun dari katil/ kerusi atau sedang nak jalan. Jadi risau bila rasa ngilu2 cmni sebab x pernah kena sebelum ni. So selidik punya selidik, rupanya sindrom ni dipanggil as Pubic Symphysis Diastasis (SPD). Ia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan. Puncanya adalah disebabkan oleh hormon relaxin yang melembutkan sendi-sendi  tersebut. Secara umum, SPD ini sebenarnya akan memudahkan proses bersalin. 



  • Antara simptom-simptom SPD:
          1. Sakit belakang atau sakit pinggul
          2. Rasa ngilu dikawasan kemaluan
          3. Sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak diatas katil
          4. Sakit yang teruk pada waktu malam

  • Cara mengurangkan kesakitan:
         1. Banyakkan bersenam
         2. Sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat dan tidak tergantung 
         3. Elakkan berdiri terlalu lama

3. KEGATALAN DI KAWASAN PERUT KETIKA HAMIL

  • Bila perut semakin membesar & menegang, so mulalah rasa gatal-gatal dekat sekitar perut dan of coz! tangan ni sangat2 x tahan nak garu. Geram je rasanya bila x dapat nak garu rasa hilang nikmat. Tetapi tangan ni tetap kena bersabar dan bertahan daripada menggaru deni kebaikan kecantikan perut ni selepas bersalin. Pembesaran bayi boleh menyebabkan kulit perut kita akan merekah. So, bila gatal cepat2lah kita sapu minyak zaitun atau any lotion untuk mengelakkan peninggalan parut di kawasan kulit perut selepas bersalin yang x boleh hilang.. :)


PERASAAN SEORANG IBU

Minggu ni genap 20 minggu baby dalam kandungan bersamaan dengan 5 bulan. Sungguh cepat masa berlalu sekarang ni rasa sekelip mata sangat..Sejak bakal menjadi ibu ni, ada satu perasaan yang tak dapat nak ungkap atau nak diterangkan oleh kata-kata. Yang pasti perasaan tu sangat syahdu dan halus di sanubari ni. Usap-usap perut cakap dengan baby pun boleh nak nangis. :')

Kerisauan terhadap kesihatan baby dalam perut ni sentiasa ada & hanya ALLAH S.W.T je yang tau perasaan ini. So far setiap kali check dekat klinik gomen, kesihatan mama to be ni sihat je xde masalah cuma berat naik sangat..Selera makan ada je memang x boleh nak tahan..hihiihi. Tetapi baby, nurse gomen still x dapat nak detect degupan jantung baby. Risau di hati ni memang x dapat nak tahan2. Rahim semakin membesar tetapi nurse gomen x dapat nak detect lagi. Mama to be ni pun still x dapat nak rasa lagi baby tendang2 perut mama to be ni.. T_T . Hati ni berharap sangat baby sihat je dalam perut ni & membesar dengan sihat. Setiap kali baca Surah Yusuf sambil usap2 perut sebab nak bagitahu dekat baby semoga sihat selalu dalam perut ni & hati terus jadi hiba, air mata x berhenti mengalir. T_T.

Untuk anak mama yang dalam perut ni, mama berharap sangat berada dalam keadaan sihat. Mama nak sangat rasa baby tendang2 mama. Tendanglah sekuat mana pun mama x kisah janji mama dapat tau baby sihat & aktif dalam perut mama ni. :') Kalau diizinkan, hari2 mama nak g scan tengok perkembangan anak mama dalam perut mama ni tapi apakan daya benda ni akan beri kesan pada anak mama. Baby tunggu ye dalam minggu depan mama akan g klinik swasta check & scan sebab nak tahu perkembangan anak mama ni. Harap2 anak mama sihat & aktif. :')