Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 8, 2013

SINDROM-SINDROM KETIKA HAMIL!


Sepanjang 5 bulan bersalin ni, macam-macam sindrom dah aku rasa & alamni sehinggalh hari ni. Cuma morning sickness je en husband tersayang yang kena. Tersangatlah kesian melihat en husband yang teruk kena muntah teruk sampai demam. Antrara sindrom yang dapat rasa so far:

1. PERUT SENTIASA MENGERAS SELALUNYA KETIKA BARING

  • Sejak dalam 4 bulan lagi dah dapat rasa perut akan mengeras dari pusat ke bawah bila baring sehinggalah sekarang kerap terasa. Kadang-kadang terpikir "Eh ni kepala baby ke?" HAHAHAHA. Tetapi banyak punca kenapa perut ibu mengandung akan mengeras atau menegang. Antaranya adalah:
          1. Bayi bergerak dengan aktif
          2. Ibu mengandung sangat aktif
          3. Senaman atau membawa barang berat
          4. Perut penuh
          5. Semasa atau selepas hubungan kelamin
          6. Dehidrasi

        So, cara menangani perut ketika hamil adalah:

         1. Tukar aktiviti atau posisi
         2. Berehat lebih lama
         3. Minum air secukupnya 
         4. Buang air kecil dengan kerap
         5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
         6. Usap perut perlahan-lahan

2. PUBIC/PELVIC PAIN KETIKA HAMIL

  • Since last week dah start rasa ngilu kat bahagian alat sulit. Dok tanya kat mak gak tapi mak x tau kenapa. Rasa ngilu sangat bila nak bangun dari katil/ kerusi atau sedang nak jalan. Jadi risau bila rasa ngilu2 cmni sebab x pernah kena sebelum ni. So selidik punya selidik, rupanya sindrom ni dipanggil as Pubic Symphysis Diastasis (SPD). Ia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan. Puncanya adalah disebabkan oleh hormon relaxin yang melembutkan sendi-sendi  tersebut. Secara umum, SPD ini sebenarnya akan memudahkan proses bersalin. 



  • Antara simptom-simptom SPD:
          1. Sakit belakang atau sakit pinggul
          2. Rasa ngilu dikawasan kemaluan
          3. Sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak diatas katil
          4. Sakit yang teruk pada waktu malam

  • Cara mengurangkan kesakitan:
         1. Banyakkan bersenam
         2. Sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat dan tidak tergantung 
         3. Elakkan berdiri terlalu lama

3. KEGATALAN DI KAWASAN PERUT KETIKA HAMIL

  • Bila perut semakin membesar & menegang, so mulalah rasa gatal-gatal dekat sekitar perut dan of coz! tangan ni sangat2 x tahan nak garu. Geram je rasanya bila x dapat nak garu rasa hilang nikmat. Tetapi tangan ni tetap kena bersabar dan bertahan daripada menggaru deni kebaikan kecantikan perut ni selepas bersalin. Pembesaran bayi boleh menyebabkan kulit perut kita akan merekah. So, bila gatal cepat2lah kita sapu minyak zaitun atau any lotion untuk mengelakkan peninggalan parut di kawasan kulit perut selepas bersalin yang x boleh hilang.. :)


PERASAAN SEORANG IBU

Minggu ni genap 20 minggu baby dalam kandungan bersamaan dengan 5 bulan. Sungguh cepat masa berlalu sekarang ni rasa sekelip mata sangat..Sejak bakal menjadi ibu ni, ada satu perasaan yang tak dapat nak ungkap atau nak diterangkan oleh kata-kata. Yang pasti perasaan tu sangat syahdu dan halus di sanubari ni. Usap-usap perut cakap dengan baby pun boleh nak nangis. :')

Kerisauan terhadap kesihatan baby dalam perut ni sentiasa ada & hanya ALLAH S.W.T je yang tau perasaan ini. So far setiap kali check dekat klinik gomen, kesihatan mama to be ni sihat je xde masalah cuma berat naik sangat..Selera makan ada je memang x boleh nak tahan..hihiihi. Tetapi baby, nurse gomen still x dapat nak detect degupan jantung baby. Risau di hati ni memang x dapat nak tahan2. Rahim semakin membesar tetapi nurse gomen x dapat nak detect lagi. Mama to be ni pun still x dapat nak rasa lagi baby tendang2 perut mama to be ni.. T_T . Hati ni berharap sangat baby sihat je dalam perut ni & membesar dengan sihat. Setiap kali baca Surah Yusuf sambil usap2 perut sebab nak bagitahu dekat baby semoga sihat selalu dalam perut ni & hati terus jadi hiba, air mata x berhenti mengalir. T_T.

Untuk anak mama yang dalam perut ni, mama berharap sangat berada dalam keadaan sihat. Mama nak sangat rasa baby tendang2 mama. Tendanglah sekuat mana pun mama x kisah janji mama dapat tau baby sihat & aktif dalam perut mama ni. :') Kalau diizinkan, hari2 mama nak g scan tengok perkembangan anak mama dalam perut mama ni tapi apakan daya benda ni akan beri kesan pada anak mama. Baby tunggu ye dalam minggu depan mama akan g klinik swasta check & scan sebab nak tahu perkembangan anak mama ni. Harap2 anak mama sihat & aktif. :')


Wednesday, September 26, 2012

WORDLESS WEDNESDAY!




Hoping my marriage end like Carl & Ellie. :')

Wednesday, September 19, 2012


HAND BOUQUET TO RENT! 

Interested? Kindly call @ sms me, Sara at 0192576893. 

*Price for rental : RM50 1st day
additional RM10 for the following day. :)

It's suitable for your E' Day & Wedding Day.



Trailer Istabul Aku Datang(Official)


ISTANBUL AKU DATANG!

Release Date: 8 Nov 2012





Jom layan official trailer filem ni dulu.. filem melayu wajib tonton ni! :)

Tuesday, September 18, 2012

AYAM PENYET TERBAIK ABAD INI!! 


Bagilah aku "Ayam Penyet Api" ke "Ayam Penyet Nusantara" ke "Waroeng Penyet" ke & seangkatan nama ayam penyet lah tp "Ayam Penyet Wong Solo" gak dihati ini.. Chewwaahhh!! Even datang makan kt Ayam Penyet Wong Solo pun aku xkn pilih dish lain macam ikan keli ke, ayam bakar ke.. Ayam penyet gak yg aku pilih! Haa...nampak tak 2??? hahahahahaha..

Kesedapan Ayam Penyet Wong Solo tak dapat aku ragui lagi & other restoran ayam penyet tak dapat lawan kesedapan Ayam Penyet Wong Solo. Perghhhh..promote kemain aku ni macamlh dah dilantik as duta Ayam Penyet Wong Solo. HIKHIKHIK


Saje aku bsrkan gambar ni bagi korg semua dapat tatap dengan jelas kesedapan Ayam Penyet Wong Solo ni. HAHAHAHAHA...Dengan tekstur nasi yg lembut, tauhu ngan tempe goreng yg rangup & lembut, ayam penyet yg sedap yg x dpt disangkal2 lg, terung berlado mmg xde sape dpt lwn & most importantly, sambal belacan diorg yg mmg UMMMPHHHHH!!!

Sape yg tak pernah try ayam penyet better terjah Ayam Penyet Wong Solo ni. Kat Malaysia, diorang ada kt Seksyen 7, Shah Alam, Kampung Baru, KL, Taman Dagang, Ampang, dan Bangi. So korang semua dah boleh start google & cari mana Restoran Ayam Penyet Wong Solo ni. By the way, Ayam Penyet Wong Solo ni mmg tiada tandingan bahkan ayam penyet kt Bandung pn x sesedap Ayam Penyet Wong Solo! Wallllahhhhh.. :)

Saturday, September 15, 2012

BREAKFAST? IT'S A MUST!


Title tak nak kalah kan macamlh empunya badan amik breakfast yg ideal! hahahahaha.. By the way, nk share ckit kepentingan breakfast ni. Sarapan atau dalam bahasa inggeris "Breakfast" merupakan perkataan yg cukup jelas mengenai makna disebaliknya. "Break" daripada "Fast" atau penterjemahan mudahnya - hidangan yg diambil utk buka daripada daripada puasa (setelah tidur semalaman). 

Sarapan yg sihat seharusnya terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan seperti Karbohidrat kompleks (seperti bijian penuh, bijirin sarapan, atau roti gandum penuh), protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Bijian penuh juga boleh memberikan anda rasa kenyang utk satu jangka masa yg lama kerana kandungan seratnya yg tinggi. ia juga m'bekalkan vitamin & mineral penting utk tubuh badan kita. :)

TETAPI!!!!

Teh tarik dengan roti canai kosong yg aku balun pg ni utk breakfast! hahahaha...

Boleh sarapan makan roti canai kosong dengan teh tarik but make sure jgn slalu OK kawan2 semua..hehehehe..BTW, it's my favourite breakfast menu during weekend.. :)