Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE

Bila hormon rajin tiba-tiba datang menerjah pada malam semalam, so bertukanglah aku kat dapur menyiapkan kek coklat kukus aku. Hee~~ Sampai je rumah terus tidokan khalish dulu. Itu sangatlah penting dalam memastikan kelancaran untuk memasak. :)) Resepi kek coklat kukus ni dapat dari google. Memang senang sangat & bahan-bahan pun simple memang dh siap sedia ada kat rumah.

KEK COKLAT MOIST (KUKUS):
Sumber resepi ihsan drp: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (Saya gunakan brand Van Houten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

Cara masakan:

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda. ketepikan dan panaskan pengukus.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula. pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang dah diayak tadi. Sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam. kacau menggunakan senduk kayu @ spatula. kemudian, masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak. kacau sebati, jangan over mix gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat @ petak berukuran 200cm dengan baking sheet. curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil  bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1jam 30 minit. Sejukkan.

RESEPI COKLAT CAIR (TOPPING ATAS):

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

Cara-cara:

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api yang perlahan sambil mengacau hingga likat.



- Adunan yang dah siap & tunggu untuk dikukus


- tutup dengan aluminium foil bagi mengelakkan daripada terkena air



- ready masukkan dalam kukusan. tgh cuba satu tutup dengan aluminium foil satu lagi x tapi penutup kukusan balut dengan kain lap. Both are OK! ;)


- Tadaaaaa dah siap....memang suka nak banjirkan kuah coklat cair tu then tabur choc chip kat atasnya. ;)


SELAMAT MENCUBA UOLSS! :)

Monday, September 2, 2013

ALHAMDULILLAH SELESAI.. ;)

Syukur kehadrat Illahi akhirnya tanggal 31 Ogos 2013 selesai sudah Majlis Aqiqah Khalish & juga open house raya 2013. Penat tu memanglah tak terkata tapi lega aqiqah untuk Khalish dah settle. Yippee~ So nak cite sepanjang majlis berlangsung pada sabtu lepas & of coz TQ TQ TQ pada both family yang banyak menolong & kawan2 sedara mara yang sudi datang memeriahkan majlis. :)

Ok nak habaq pasai goodies ni! untuk orang2 marhaban diasingkan sebab diorang spesel ckit! HIHI..makcik2 tu dapat 1 buah Al-Quran yg kiut comel, candy & miniature baby milk yang ada jelly bean. Untuk tetamu yang lain pulak dapat apam polka dot, candy & miniature baby milk yang ada jelly bean.Yummmehhh! 


- miniature baby milk bottle yang ada jelly bean.


-goodies bag ada colour biru & cream. Haruslah ikut tema kan.. ;)

-goodies bag yang dah siap tampal sticker. Order dari Cenderahatilace. :)


- Homemade apam polka dot! TQ pada angah & adik yang sudi gotong royong malam tu buat dalam 400 biji.. Fuhh~~

So far Al-Quran kiut miut yang xde sebab lupa nak amik gambar..packing terus masuk dalam kotak. hihi

Now, jom kita cite pasal cradle untuk berendoi lak. As per mention before, eh speaking pulok.. Untuk cradle i amik dari Baby N Me, akak tu dok Bandar Putera, Klang so dokek jelah dengan umah den! hihi. ari khamis malam dh siap pasang tau memandangkan akak tu busy. It's ok i xde hal pun.. hihi. Cer tengok cradle yang i pilih ni. Simple tapi cantik & menenangkan mata yang memandang.. hihi


-Sorry gambar nampak gelap kelam biasalh guna kamera hp je..




- Khalish suka betul dapat baring atas cradle sambil dengar makcik2 bermarhaban & nasyid. Sampai tertido bertuah betul anak bujang sorang ni..

Alhamdulillah walaupun pada saat akhir ada masalah sikit dengan kumpulan marhaban tapi akhirnya kumpulan marhaban Annur dari Taman Sri Medan Jaya dapat datang & memberi persembahan yang memuaskan & makcik2 ni memang baik sangat2! :)



- Ustazah ni dok baca doa untuk Khalish tapi Khalish ingat tengah borak dia. Sakan dia gelak.

Untuk makanan x dapat lak nak snap gambar memandangkan busy & hujan lebat turun on that day. Yang penting kari kambing cik sahak & geng memang TERBAIK! berbaloi import dari kampung den Jelebu N9! hiihi..

Harapnya Khalish akan jadi anak yang berguna pada agama, bangsa & negara, beriman, cerdik & jd pemimpin yang disegani, Aamin.. Ayah & mama love u Khalish sayang.. :)