Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 8, 2013

SINDROM-SINDROM KETIKA HAMIL!


Sepanjang 5 bulan bersalin ni, macam-macam sindrom dah aku rasa & alamni sehinggalh hari ni. Cuma morning sickness je en husband tersayang yang kena. Tersangatlah kesian melihat en husband yang teruk kena muntah teruk sampai demam. Antrara sindrom yang dapat rasa so far:

1. PERUT SENTIASA MENGERAS SELALUNYA KETIKA BARING

  • Sejak dalam 4 bulan lagi dah dapat rasa perut akan mengeras dari pusat ke bawah bila baring sehinggalah sekarang kerap terasa. Kadang-kadang terpikir "Eh ni kepala baby ke?" HAHAHAHA. Tetapi banyak punca kenapa perut ibu mengandung akan mengeras atau menegang. Antaranya adalah:
          1. Bayi bergerak dengan aktif
          2. Ibu mengandung sangat aktif
          3. Senaman atau membawa barang berat
          4. Perut penuh
          5. Semasa atau selepas hubungan kelamin
          6. Dehidrasi

        So, cara menangani perut ketika hamil adalah:

         1. Tukar aktiviti atau posisi
         2. Berehat lebih lama
         3. Minum air secukupnya 
         4. Buang air kecil dengan kerap
         5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
         6. Usap perut perlahan-lahan

2. PUBIC/PELVIC PAIN KETIKA HAMIL

  • Since last week dah start rasa ngilu kat bahagian alat sulit. Dok tanya kat mak gak tapi mak x tau kenapa. Rasa ngilu sangat bila nak bangun dari katil/ kerusi atau sedang nak jalan. Jadi risau bila rasa ngilu2 cmni sebab x pernah kena sebelum ni. So selidik punya selidik, rupanya sindrom ni dipanggil as Pubic Symphysis Diastasis (SPD). Ia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan. Puncanya adalah disebabkan oleh hormon relaxin yang melembutkan sendi-sendi  tersebut. Secara umum, SPD ini sebenarnya akan memudahkan proses bersalin. 



  • Antara simptom-simptom SPD:
          1. Sakit belakang atau sakit pinggul
          2. Rasa ngilu dikawasan kemaluan
          3. Sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak diatas katil
          4. Sakit yang teruk pada waktu malam

  • Cara mengurangkan kesakitan:
         1. Banyakkan bersenam
         2. Sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat dan tidak tergantung 
         3. Elakkan berdiri terlalu lama

3. KEGATALAN DI KAWASAN PERUT KETIKA HAMIL

  • Bila perut semakin membesar & menegang, so mulalah rasa gatal-gatal dekat sekitar perut dan of coz! tangan ni sangat2 x tahan nak garu. Geram je rasanya bila x dapat nak garu rasa hilang nikmat. Tetapi tangan ni tetap kena bersabar dan bertahan daripada menggaru deni kebaikan kecantikan perut ni selepas bersalin. Pembesaran bayi boleh menyebabkan kulit perut kita akan merekah. So, bila gatal cepat2lah kita sapu minyak zaitun atau any lotion untuk mengelakkan peninggalan parut di kawasan kulit perut selepas bersalin yang x boleh hilang.. :)


No comments:

Post a Comment

coretan oleh cik sara