Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 21, 2013


SALAM LEBARAN 2013! ;)

Hari ni dah 14 Syawal baru i sibuk nak godek-godek gambar-gambar raya & coret-coret kat blog ni. HAHAHA. X pelah janji ada kan daripada takde langsung post pasal RAYA 2013 yang sememangnya amatlah dinantikan memandangkan tahun ni dapat beraya berTIGA terus! Tahun lepas beraya single selepas 2 minggu raya baru dapat beraya ngan en husband. Dengan adanya kehadiran Khalish tahun ni beraya lagilah amat bermakna dan everything untuk dia lagi diutamakan. Tahun depan??? huh lagilah meriah kot since Khalish that time dah masuk setahun lebih dah berlari sakan keliling rumah orang..Choii~ Harap-harap Ramadhan & Syawal pada tahun depan masih dapat dirasai bersama-sama dengan orang yang tersayang.. :')



ok, our 1st family potrait! Tema raya 2013 : Green Emerald. Tapi sedih x dapat carikan baju melayu untuk Khalish. sobss!


1st time 1st raya berkumpul dekat rumah mak dulu since arwah ayah takde. Selalunya 1st raya dah berkumpul kat kampung mak kat N9. :')



Haa..bujang sorang ni penat je mama pakaikan hensem-hensem tapi pagi-pagi raya dah tido lak after dapat susu. kasut boots tu x leh tahan ramai dok tanya mana beli..hihi


Here, gambar beraya zaman dulu kala time ni memang meriah sakan! btw, cer cari mana mokcik dalam gambr ni ala Hana Tajima kawww.. x ingat lgsg pkai tdg cm2..kahkah


ADIOS!!


Thursday, August 15, 2013

CHECK LIST UNTUK MAJLIS AQIQAH KHALISH!


Since Khalish pun dah masuk 3 bulan 2 hari, mama & ayah dia pun dah start busy planning majlis aqiqah dia. Sejak Khalish selamat dilahirkan pun memang dah decide nak buat majlis on 31 ogos 2013. 1st reason sebab 1st anniversary mama & ayah Khalish! hihi 2nd reason sebab on that day merdeka day & cuti so mama dia senang x payah nak apply cuti bagai kan. Tapi for sure berlambak kenduri kendara open house on that day. X kisahla kan janji majlis aqiqah khalish selamat dijalankan.

First thing yang mama & ayah Khalish sibuk dalam preparation majlis ni of coz 'KAMBING!".. Xde kambing x hiduplah majlis aqiqah Khalish nanti..hihi. So, 2 ekor kambing telah ditempah & didatangkan khas dari Jelebu, Noghori Sembilan! :D 2 ekor kambing ni akan dimasak kari. Pastinya majlis x kan best tanpa adanya KAMBING GOLEK. Tang kambing golek tu ayah Khalish dah siap2 order kat kawan dia tapi sekor je. So, first come first serve yang akan dapat rasa kambing golek tergolek ni.. hihi

Second thing yang mama & ayah Khalish dok concern is "Pelamin berendoi". Actually mama Khalish je yg "concern" benda alah ni.. Biasalah mama muda & zaman sekarang kan benda-benda cmni dah jadi macam kepentingan kalau xde macam x hidup lak majlis tu. hihi. Pelamin berendoi sekarang pun bukannya murah dah sama harga dengan pelamin orang kawin dah. nasib pelamin berendoi Khalish x over daripada pelamin kawin mama & ayah dia. hihi. Pelamin berendoi ni mama Khalish dah sibuk google since pregnant lagi. Over kan??! HAHAHA. Dok google kat FB, banyak sangat2 pilihan ada yang murah ada yang mahal just kita ni sediakan budget je nak yang mana yang berkenan di hati kan. Ada budget lebih bolehla amik pakej yang mahal-mahal. hihi. So, ni antara list-list FB page yang boleh diterjah & diusha:

1. Cradle/Buai by Make A Wish Babies




1st choice time mula2 usha cradle baby. Falling in love sangat2 dengan design2 cradle diorang ni tapi kena tgk budget kita gak so pejam mata pilih yang lain..huhu

2. Butik Pengantin Idaman Jelita


Again! Falling in love dengan design cradle kat atas ni. Tapi apakan daya kena tengok budget gak. Pakej kat atas ni guna fresh flower ok. memang best! 



3. Buaian Cradle Full


Look nice tapi cam over sangat. x sesuai dengan my baby boy kan.. hihi

4. BABY N ME


Finally, decide amik khidmat akak ni untuk gubahan pelamin berendoi untuk Khalish. Cantik & berbaloi dari segi harga! p/s: cradle Khalish bukan dari gambar-gambar kat atas ni.. x surpriselah kan kalau dah post kat cni..hihi

Third, of course menu-menu yang akan disediakan untuk tetatmu-tetamu yang hadir. So far selepas perbincangan dengan both family, ni antara menu yang akan dihidangkan.

- Kari Kambing
- Kambing Golek
- Nasi Putih
- Ayam Goreng Berempah
- Acar sayur / Jelantah
- Ulaman / Pecal
- Tapai Pulut
Kuih Tako
Kuih Kasuwi
- Bubur Pulut Hitam
- Apam Dotdot
-Buah-buahan

Penambahan menu maybe akan ada tapi so far ini adalah menu yang telah ditetapkan untuk majlis 31 ogos ni. :)

Last but not least, GOODIES untuk para tetamu & makcik-makcik marhaban. :) Part yang ni pun of coz mama Khalish gak yang take over & concern. Since tengah pantang lagi dah sibuk usha google sana sini cari apa yang nak bagi untuk majlis nanti. So far dalam list nak bagi buku yasin, candy dalam miniature botol susu & cupcakes. Tapi everything masih dalam list & usha dl quotation if under budget. Kalau over budget kenalah pikir PLAN B. :) 


haa... yang nilah yang mama Khalish inginkan sangat2! huuu~~~

OK, so far ini jelah check list yang dok mama Khalish pening pikirkan. Gambar-gambar majlis akan dipost once majlis dah settle! :) Chiawwwww~

Wednesday, August 14, 2013

Azreen Khalish Qusyairi Bin Azreen Naim 

Berhabuk dah rasanya blog buruk makcik ni kan.. Biasalah sejak dari mengandung berapa bulan hinggalah baby dah umur 3 bulan 1 hari barulah terfikir nak meng 'update' blog usang ni. So, memandangkan last entry makcik dok sibuk cite pasal pregnancy isu sekarang kita cite pasal baby pulak. Kita start dengan maksud nama baby makcik dulu. Sejak mengandung 3 bulan lagi dah sibuk discuss dengan en husband nak namakan baby dengan nama apa. Dengan tersangatlah yakin baby dalam perut ni adalah baby boy dan bertambah2 yakin bila ada mimpi baby boy. So, list nama baby tu banyaklah nama baby boy. En husband pun suggest setiap nama anak-anak dia kena ada "Azreen" biar sama dengan pangkal nama dia. Ok, cun gak tu kan cam ada "family branding"! :D

Ok, kita ni pun as "mummy to be" yg over excited & telah diberi "green light" oleh en husband untuk pilih sendiri nama baby telah bekerja keras menjalankan tugas yang diberi..chewwaahhh!! HAHAHA.. Setiap kali g bookstore mesti terjah tempat buku-buku berkaitan dengan mengandung & nama-nama islam untuk anak. Of course akan rembat sekali mana-mana buku yang berkenan kan.. hihi.. At last nama ni yang dipilih & dah selamat didaftarkan. :)

AZREEN: Yang Sempurna
KHALISH: Suci & Murni
QUSYAIRI: Ahli Sufi Islam



Khalish umur 1 hari. Gambar ni btl2 lepas dia kuar dari perut mama dia & dimandikan. Orang heboh cakap putih melepak. Ini sebab penangan time mengandung suka sangat tengok Running Man..hihi


Gambar yang ni lak masih dalam ari yang sama tapi dah petang ckit..haha..nampak muka Khalish dah merah-merah ckit.


Uwaarrghhhh!! Khalish dah botak!! Cukup 7 hari ayah dia dah cukur rambut dia kasi botak licin..sobsobsob.. Mama rela demi kebaikan Khalish & tuntutan agama islam sendiri.. :)


Haa.. ni antara gambar-gambar Khalish bila dah masuk 2 bulan. Semakin membulat & kuat! Mama geram rasa nak gigit-gigit pipi tu..


Ok, ni gambar Khalish dengan sepupu dia, Aryan yang lahir beza sebulan lebih je. Tapi Aryan ni abang gagah sebab dia kuar dari perut mummy dia pun mmg dah besar..hihi so dah sama size ngan khalish even beza sebulan lebih je.


Here we go! latest pic Khalish time 1st raya. Kali ni raya everything for Khalish. Even kasut raya mama dah sibuk carikan. Puas hati bila dapat kasut raya yang mmg stylo & cool utk khalish. ;)

Semoga Azreen Khalish Qusyairi menjadi anak yang soleh, hamba yang taat padaNYA, berguna pada bangsa, agama & negara, menjadi pemimpin, cerdik pandai & semestinya abang yang dapat mendidik adik-adiknya. Aamin :)