KHALISH TURNS 1!
Setelah 6 bulan ++ menyepikan diri akhir nya ada masa gak nak belek2 blog usang ni. Best part is Khalish dah SETAHUN!!! Mama nangis jap! sobsobsobs! Disebabkan mama & ayah terlalu excited, mama dah plan macam2 untuk birthday party khalish. 1st thing dalam kepala "Tema wajib Disney Cars Pixar!" kihkihkih Sedangkan anak tak de hal pun tema pape mama yg over!. :P
Even ada few orang yang sok sek kat belakang kata "Eh baru setahun dah buat birthday party cmni belum lagi anak nak kawin..." Hewww mokcik buat2 tak dongar jelah! Me & husband have our own reason why we want celebrate khalish's birthday party on that way & of course we don't use that people money! kan mokcik ter speaking english yg grammar tercampak merata.. huh! Some people will said eh membazir je celebrate birthday anak buat gaya gitu.. kenapa tak buat doa selamat je..? -_- anak kita suka hati kita lah kan..
Closed story pasal orang2 cite belakang ni! :) 1st thing bila nak plan birthday anak ni lagi2 1st time memang zero knowledge! So dengan adanye pokcik GOOGLE nilah mokcik dok cari info2 yang relate dengan 1st birthday party yang tema Disney Cars Pixar. Baca blog2 mummy yang pernah buat and mostly banyak adapt daripada birthday party anak omputeh punye. Seriously simple but look grand! Best part is omputeh x kedeks diorang banyak sharing info & design2 printables untuk birthday party.
Mokcik banyak order printable Disneys Cars daripada etsy (https://www.etsy.com/). Pantas kilat designer2 kat etsy reply & forward kat kita once kita submit order. Honestly,
am not an art or creative person & that's why i order je kat etsy.. kihkihkih.
cake topper ni order dari etsy gak! just request nak wording pe je.
Pennant banner ni pun order dari etsy
Next, verangan nak gak ada tshirt birthday party khalish. So cepat2 roger Adib yang sememangnya budak Master in Art UiTM.Bukan setakat design baju, mama khalish ni siap order suruh design banner & bunting untuk birthday khalish. kihkihkih. Memandangkan mokcik mempunyai kawan yang sangat baik hati, Adib dengan rela hati FOC designkan Tshirt, bunting & banner just kena bayar printing. Yippieee!!!! Mokcik lah orang yang paling happy time tu siap dah verangan outcome nye cmne.. :D
Ni lah hasilnye. Original design by Adib! Very satisfied. ;)
Sekarang kan trend setiap majlis mesti ada candy buffet so kita pun teringin lah gak nak ada candy buffet kan tapi yang bestnya kita buat sendiri so lagi puas hati & jimat kos! Memandangkan Adib dah design everything banner & bunting so kita settlekan part dessert. Dessert yang dihidangkan time birthday party Khalish ari tu (Congo Bars, Choc Chips Cookies, Rainbow Cookies - Homemade by adik, Pavlova & Cheese Tart - Sponsor by kakak, RV Cupcakes sponsor by Hanim & ada letak few candy and chocolates like jelly beans, almond chocolate & gummy bear candy) Untuk mencantikkan lagi our candy buffet, mokcik ada letak tin besi IKEA just untuk isi vitagen untuk budak2 minum rasanya mak bapak budak pun ada minum. haha :D Balang2 cookies & chocolate mostly beli kat IKEA & kedai harware sangat murah & berbaloi beli. Oh lupa mokcik ada letak gak bubble bottle beli kat kedai borong just tukar label je guna free printable sendiri.. hihi Licin kaww bubble tu time birthday party Khalish.
Lupa nak amik gambar yang close up kat candy buffet ni. :)
Hurmm... apa lagi eh?! Haaa birthday party tak sah kalau tak de "BALLOON!" En husband paling excited tang ni siap lukis bagai tunjuk kat mokcik how it look gituuuu.. kihkihkih So mokcik proceed je sebab dia yang bayar kan.. :P Mokcik guna service Party Shop kat Subang untuk merealisasikan impian en husband mokcik.. :)) Owner suami isteri & akak Party Shop ni sangat friendly 'Kak Maria". In Shaa Allah akan sentiasa gunakan service Party Shop sebab sangat satisfied dengan balloon decor diorg!
Lupa takde simpan gambar kat HP so just ada kat IG. This is how our balloon decor looks like during Khalish's birthday party! :) Thanks Party Shop.
Tang goodies pun mokcik lupa lak nak snap2! -_- Biasalah orang paling busy time majlis memandangkan sumenye buat sendiri kan. Ampun! :) So far ini jelah kot yang boleh di share tentang 1st Birthday Bash Khalish selebihnya tunggu gambar2 dari our OP. Mokcik pun dah tak sabar sebenarnya rasa nak call & whatsapp tanya dah siap ke belum.. kihkihkih
Last & not least, thanks to everyone yang datang rumah manis kami yang dok dipelesok KG tu! hahaha Dahla majlis malam ye dok susahla jadinya nak mencari. Again, thanks kepada orang2 yang hadiahkan Khalish bermacam-macam hadiah! Khalish for sure sangat2 suka & will appreciate! Best part is Khalish got Mini Cooper S Coupe from my officemate. Mokcik sebak terharu ok kat korg! **lap air mata jap! sobs!
Haaa.. Nampak tak tu?? Penuh dah hall dengan mainan Khalish je sekarang! Sampai dia pun tak tahu nak main yang mana satu..hihi. Alhamdulillah sume pemberian orang-orang yang baik hati.. :)
Wokeyh ni birthday cake Khalish! Ilham daripada kek kak Azlita Masam Manis. Nak order dari Kak Azlita jauh sangat nun kat Johor. So dapat mirip2 pun jadilah kan.. Rainbow cake with cream cheese frosting order kat Choc' & Cheese. :)
Ok mokcik dah penat nak menaip jam pun dah nak dekat pukul 5 petang. Nak berlari-lari emak g thumb print & berdessup laju bawak kereta nak amik Khalish kat nekbu! hihi
Adios! :)